emel saya di ezzreenn@yahoo.com untuk tempahan makeup

emel saya di ezzreenn@yahoo.com untuk tempahan makeup

Monday, June 30, 2014

Pergi SPA sebelum majlis kahwin aku




     Syukur alhamdulillah semuanya selesai. date 6 June 2014 aku nikah. date 7 June 2014 aku sanding.
     selesai semuanya . lega rasa cek tauu.. mau patah usus kentut jugak uruskan itu ini . lari sana sini.
     nasib baik ada family, rakan, sedara yang sudi menghulurkan bantuan. terima kasih kalian. moga
     kalian dimurahkan rezeki :') sroot sroot.. ( baru balik dari honeymoon )


     tapi kali ni aku nak share cerita pasal SPA yang aku pergi je. yang lain akan aku update kemudian
     hari. sebab kalau nak aku taip dari A-Z mahu patah jari aku ni. nalaaa. lagi-lagi mood honeymoon
     still ada lagi walau dah habis dan dah start masuk koje. nala gaji bulan 6 takde!!! sebab aku cuti
     sebulan!!! punggah nak bayaq duit kereta. T_T tinggal bulu ketiak kerinting curl je ni. arghh!


     ok pasal SPA. aku dan ibu aku pergi ke SPA yang mana telah dijemput oleh si gadis manis yang comel
     orangnya untuk buat treatment blabla SPA di kedainya. Ya Allah terharunya. syukur alhamdulillah
     rezeki. moga awak dimurahkan rezeki wahai cik Syakila yang cantek comel. yeah memang cantik
     comel. suka tengok pipi dia nak cubit je tapi control malu :">


     masuk-masuk je terus wahhhhh. pasai selama aku hidup nilah pertama kalu jasad diri aku ni buat
     treatment bagai kat SPA ni. selalunya tengok majalah kat, tv NONA bagai. kali ni aku merasa.
     haaaa dapekkk jugak aku merasa kan.



     TRUE TOUCH SOLUTION adalah nama kedai SPA ni . kedainya terletak di ampang. ok alamat
     semua aku akan nyatakan di akhir kata ^_^ .



   

dalam kedai .. so " wahhhhhhhh "



ni view masuk masuk je kedai


best duduk kerusi ni rasa macam oreng kayasss
muahahaha



ni lah tempat lulur, urut bagai
baring kat sini
nala cekciiii :"> aummmm
malu maq 



bunga bungaan yang mangi mangi. ( wangi )
mandi wangi kasi naik seri aura katanya


tab mandi
best sebab dapat mandi bunga, mandi susu dalam ni
ketaq ketaq bulu ketiak




dah habis , kaki kita akan diurut dan direndam dalam air bunga
buat seketika


nilah orangnya SYAKILA yang cantik comel
terima kasih awak moga awak dimurahkan rezeki :) 





     ok itu sahaja. dan yeahhhh True Touch Solution ada buat promo RAYA tau! grab cepat! rugi kalau
     sia-siakan .. ni iklannya sila baca  :)



grab cepat! sebelum terlambat!
siapa lambat , gigi dia rapuh!
hahahah~


ini alamat lokasi. so korang boleh kesana dengan alamat yang aku bagi ni
dan yeah no phone ada dannn dannn facebook!



jadi selamat cantek cantek wahai rupawan rupawan :") 

daaa!