emel saya di ezzreenn@yahoo.com untuk tempahan makeup

emel saya di ezzreenn@yahoo.com untuk tempahan makeup

Monday, December 23, 2013

MAKE-UP REMOVER COSMODERM REVIEW




     jerawat? bijik-bjik muka? warna kulit wajah tak sekata ? dan masalah lain-lain? 
     haaaa nak tau tak? 
     kenapa? sebabbb kita tak cuci muka kita dengan bersih. cuci dengan pencuci belom 
     cukup lagi tau
     kalau tak guna make-up remover. sebab apa makeup remover ni sangat penting?
     sebab dia adalah umpama askar yang akan membersihkan segala kekotoran yang ada 
     diwajah kita tau. ye ah yeah. kalau
     kita tengok dengan secara kasar nampak bersih. tapi sebenarnya tak bersih lah.
 bunga sendiri yang selalu pergi buat facial muka dekat satu butik khas bunga amoi tu selalu pesan dan marah bunga tau sebab dia cakap muka bunga tak bersih sebab tak pakai 
     remover makeup masa nak cuci muka!
 


     see! bila dah amoi cakap camtu bunga pon alooo patutlah muka bunga ni selalu je 

     naik biji-biji,jerawat tu tak selalu tapi kadang-kadang, dan warna kulit tak sekata. sebab
     kan kes nilah. lagi-lagi bunga ni dahlah jenis kuat makeup kan? so no wonder banyak
     malaun-malaun yang nak "sewa" kat muka bunga ni kan ahahah.



    jadi apa perlu bunga buat? bunga kenalah pakai makeup remover dan yeah!

    wajib ada dan pakai untuk buang segala kekotoran diwajah. tapi andai korang bukan 
    jenis yang suka makeup di wajah, korang pon kena pakai makeup remover sebenarnya
    tau sebab dekat luar sekarang korang tengok, dengan asap jerebu bagai, korang 
    tengok bersih je muka walhal debu-debu asap kemain dah melekat kat muka tu.



    so no wonder ada certain orang muka cantik tapi ada juga masalah. jadi jangan 

    ambil ringan bab ni. sangat penting tau! yelah mana ada perempuan yang nak muka 
    ada masalah kan? semua wanita mesti
    impikan wajah yang bersih, tak de jerawat dan masalah lain. jadi bunga sendiri nak
    share dengan korang berkenaan satu produk ni yang mana ianya juga buatan Malaysia, 
    selamat pakai lah kiranya.



   even makeup tu tebal pon kan, pakai benda ni pon senang je, tak yah tenyeh

   banyak kali, malah sekejap
   je nak buang. kiranya tak menyusahkan kita nak buang makeup di wajah kita.
   jadi mempersembahkan! :D





Kelebihan makeup remover cosmoder vitamin E :

: menanggalkan sisa solekan dua kali pantas dan sempurna
: vitamin E membantu menyerikan kulit wajah
: Camomile bertindak membersih jauh ke dalam pori wajah secara lembut
: mengecilkan kantung minyak serta memelihara kelembapan kulit
: tidak memedihkan mata



jadi , disini bunga selitkan video bunga sendiri pakai remover makeup dari cosmoderm ni





                        




  "  jadi, sebelum kita tidur, pastikan wajah kita dah pon bersih dari segala 
anasir bakteria yang kita tak nak! :) "- LBQ-

layari : www.cosmoderm.com.my 
untuk lebih lanjut 

Wednesday, December 18, 2013

Makeup Yuyu Zulaikha di hari perkahwinan dia..maka....




    Sesungguhnya aku ni tersangatlah jarang update blog sebab? tahlah sebab apa. mungkin keadaan
    tak mengizinkan. tapi walau camne pon aku tetap nak update jugak walau berbulu jugaklah nak update!


    seperti yang dijanjikan aku dan ibu akan turun ke Langkawi untuk hari bahagia gadis yang dah digelar
    Puan sekarang iaitu Puan Yuyu atau blogger kupukupukecik. jadi aku ditugaskan untuk merias wajahnya
    untuk hari nikah dan sanding di hari bahagianya.


    rasa macam tak percaya lagi dan macam mimpi si J.Lo celop ni dah kawen -.-'. sebab rasa macam belom
    je.. mmm.. tapi walau camne pon aku nak ucapkan


     "Selamat melangkah jenjang baru dalam kehidupan kalian. Cinta kalian sudah mengantarkan kalian berdua ke jenjang pernikahan. Jagalah pernikahan kalian dengan baik, semoga kalian mampu untuk memelihara cinta kasih kalian sampai kematian memisahkan kalian "


     dari kuala lumpur aku dengan ibu aku pergi langkawi naik bas dari jam 12 tengahari sampailah kat kuala     perlis tu jam 6 petang lebih pastu beli tiket naik feri jadi tok tek ,tok tek, sampai tanah Langkawi dan rumah      pengantin jam 7 lebih petang malam kot tak silap. see! semangat kahame kahame ni . 
     tq kepada pengantin dan fadhila yang sudi bagitau pasal rumah homestay kalau tak aku pon tak tau nak     duduk cerok mana memandangkan di musim cuti sekolah ni hotel-hotel price melambung-lambung kahame     kahame. jadi aku dengan ibu aku pon duduklah 1 rumah homestay ramei-ramei 7 orang. 
     hari pertama aku tak boleh tidor sebab spesis aku ni tak akan tidor 1 hari dekat tempat baru sebab tak biasa!     even kampung nenek atok atau rumah sedara aku pon aku memang camni. tak tau napa. dah tebiat kot.


     masuk hari kedua esok nya dan seterusnya baru boleh tidor dengan tenang. indahnya dunia ~
     sampai je masanya tok mekap si nikah makcik ni ( pengantin pompuan ), wajiblah dimulakan dengan      bismillah kan. :D aku nak cantek kan kawan aku ni secantik-cantiknya. makeup takmo tebal-tebal. just light-     light. jadi aku pon buatlah seperti yang dipinta sebab aku tau dah makcik ni memang tak suka tebal-tebal.







ok gambar dekat atas ni makeup untuk NIKAH


     nikah buat dekat masjid yang berdekatan. alhamdulillah dengan sekali lafaz je sah menjadi suami
     isteri yang sah . acecehhhhhhh yammmakkkk ammaciiiiii ...






ni pula makeup untuk SANDING 


     kali ni makeup pon banyak guna warna unsur-unsur tanah. light-light tapi lawa.. so aku pon cubalah
     buat mana yang aku mampu dan terdaya . tapi syukur lah makcik ni suka. risau jugak tak suka -.-'
     memang aku lari laju-laju kat dapor nanti kalau dia tak suka T__T 


     lepas tu kami pon snaplah ramei-ramei dengan kawan-kawan yang turut hadir jugak tau dekat kenduri
     makcik ni. ada ida mansor, iena mansor, iqa , fatin suhana, fadhila, nyuun, adek fatin suhana,nisha,
     aku , ibu aku  ( nak jugek inteprem dalam ini entry ) dan ramailah yang datang aceli.










     dan aku jugak rasa happy sangat sebab kat sana aku tak buang masa aku..dah alang-alang datang 
     Langkawi tak sahlah kalau tak merendek satu Langkawi an an. syukur ada kawan aku ni si Nisha
     sudi kasi kereta sewa dekat aku. dahlah besau, selesa, bestlah..kereta baru katakan. terima kasih Nisha.
     




inilah kereta sewa aku


     best dok Langkawi ni sebab orang kat sini bawak kereta besau-besau. sebab harga kereta kat sini
     murah-murah tau. jadi macam dah tak heranlah kau bawak kereta mahal pon sebab dah macam ala-ala
     kereta biasa je tapi kalau bawak masuk key yel kompem " homaaiiii besaunya kereta. bapak kaya! ".


     ini kali kedua aku datang Langkawi aceli. before ni dengan rombongan sekolah cik kiah ibu aku. so kali
     ni kali kedua datang secara sendirian dengan ibu aku. no rombongan-rombongan bagai.
     banyak jugaklah ceklat ceklat ( sebut ceklat dalam nada utara plz ) . tak sah lah kalau tak pergi pekan
     Kuah cari kedai Haji Ismail. kedaaaaiiii pennnuuh dengan ceklat! beli banyak-banyak, bayo mahal-
     mahal, bengak taik. -..-' .taik ceklat. damn -..-'


     alang-alang tu bawaklah budak umah dengan aku si Fadhila dengan Iqa jalang-jalang Langkawi. 
     naik cable car. pastu jumpa kawan aku nama dia Amira. terima kasih Amira sebab tu tu tuuu yee 
    :D  ahak. susah-susah je ;D macam memahami je T__T huaaaa... 



aku tau... 
tak yah puji :">


panas tak terkata cahaya matahari


aku dengan iqa
panas giler kot!!
kitorang dahlah puteri lilin!


aku time ni dekat dataran helang
time ni nak balik Key Yel naik feri dah aceli


bajet obersea walhal..


iqa pose ala-ala model tak berbayor


aku dengan nisha


aku dengan dila


aku dengan dila



     aku , ibu, iqa, dengan dila balik key yel satu bas. patutnya aku dengan ibu aku dah gerak kel yel
     tau tapi disebabkan tiket feri yang tiba-tiba kata pergi kuala perlis jam 11.15 pagi walhal bas aku
     dah gerak ke key yel jam 12 tengah hari habis lambat! yelah dah lah naik feri 1 jam.. feri pulak buat 
     gedik dah tau gerak jam 11.15am geraklah ikot masa dengan tepat ni tak. dok menggedik lagi cangak 
     sampai jam 11.40am.. damn! -..-' . sampai kuala perlis jam 12.40. memang bas balik key yel dah blahlah
     kan time ni. abeh kene beli tiket bas lain. -..-' bazir duet je aku beli tiket pergi balik siap-siap. 


     kau bayangkan kami tolak dari kuala perlis jam 1.30 petang nak sampai key yel tu punyalah berjanggut!
     jam 12 lebih malam nak sampai jam 1 pagi baru sampai umah! -..-' jem tak hengat malam tu apatah 
     demam tiba-tiba jem kan. banyak giloss kereta. aku piker mesti orang pergi kenduri kawen ni. giler 
     jem tahap lembu teberak! bas pon terkentut-terkentut je tekan minyak. -..-' . dari perak sampai rawang
     sampai sg buloh jem kahame kahame. damn. -..-' . seb bek dila sudi tumpangkan aku dengan ibu aku
     naik kereta dengan dia balik umah sebab LRT time ni dah kompem-komepm tutop kan. kau nak
     tido celah mana? celah ketiak bangla yang ada kat pudu tu? pelishhhh~ T__T  tak kose hakak 


     last ucapan. selamat pengantin baru kepada pasangan semoga berbahagia till jannah. kau yuyu sopan-
     sopan tau dengan suami. ehem ehem... :"> .. ikat suami biarlah dari perotnya. bukan ikat dekat tali perot.
     kepada kawan-kawan yang satu rumah atau tak satu rumah ada rezeki kita jumpa lagi yeah ;D 


    pasni turn sapalah yang kawen kan... ?? 


Thursday, November 21, 2013

Jum kita makan Double Stem Cell!




     alhamdulillah dipertemukan dahku dengan Double Stem Cell ni. kasar-kasar di tapak kaki dah
     hilang! yelah , sebab aku kan jenis kuat jalan so peluang kaki retak tu sangat besar. -..-'
     jadi sebelum ia merebak baik aku rawatnya cepat-cepat dengan hanya Double Stem Cell. terima kasih
     kepada Afiqah Marbawi kerana kenalkan aku dengan menda alah ni.


     rasa? rasa sangatlah sedap tau!. sangat sangat! manis manis buah . cara makan? korang letak serbuk
     tu dekat bawah lidah korang tau.bukan atas lidah tapi bawah lidah :). pastu nanti air liur tu akan
     secara automatik bermain dengan benda tu nanti time nilah korang akan rasa wow wow woow!!


     ok mesti korang nak tau apa kelebihan benda ni kan? sebab sekarang pon benda ni tengah top tau!
     jangan risau sebab ianya ada KKM dan HALAL ok bukan HALALA..


Kelebihan produk Double Stem Cell?


DOUBLE STEM CELL berupaya mengatasi, merawat serta mencegah masalah & penyakit disamping bertindak membetul dan membaikpulih sel-sel yang rosak yang menyebabkan ia tidak berfungsi dengan betul.

Apabila sel-sel telah pulih dan menjadi kuat, sistem tubuh akan kembali berfungsi dengan efisyen dan normal, maka fungsi 'antibody' dan sistem imun, hormon serta proses nyahtoksin menjadi lebih sempurna dan efisyen menyebabkan punca-punca penyakit dapat dipulihkan. Inilah yang menyebabkan sistem badan berjaya memulihkan penyakit, melambatkan proses penuaan dan kita kekal sihat.

                   Antara kebaikan pengambilan Double Stem Cell 

                        untuk semua (tidak kira lelaki atau wanita)

  • Membantu mengurangkan kedutan pada kulit terutama kulit muka. 
  • Membantu menguatkan sendi dan tulang. 
  • Mengaktifkan sel-sel badan dan kulit. 
  • Membantu bertindak sebagai anti penuaan dan antioksidan untuk menjaga kesihatan dan jantung. 
  • Mengurangkan risiko kanser. 
  • Membantu menigkatkan daya penyerapan kolagen oleh badan. 
  • Membantu merangsang badan bagi menghasilkan lebih banyak kolagen tersendiri. 
  • Membantu menjadikan kulit gebu, halus, licin, anjal dan menjaga kelembapan kulit agar kulit sentiasa segar dan bermaya. 
  • Melindungi kulit daripada terkena cahaya UV berlebihan yang boleh merosakkan sel-sel kulit



Lagi kebaikan pengambilan Double Stem Cell untuk WANITA

  • Membantu memejalkan (firming) payudara.
  • Amat sesuai untuk ibu selepas bersalin dan berpantang kerana ia mampu merawat rahim dengan mempercepatkan proses pengecutan rahim serta mampu mempercepatkan lagi pemulihan akibat luka bersalin.
  • Membantu mengetatkan Miss V kita, malah mencantikkannya seperti anak dara.
  • Menambah rangsangan seksual suami isteri.
  • Membantu menyuburkan dan boleh membantu proses mendapatkan zuriat ( Insya Allah dengan izin Allah SWT)
  • Kebaikan paling ketara ialah BEAUTY SKIN.. ia membantu menghilang/memudarkan kesan jerawat/jeragat, malah wajah akan lebih cerah, berseri seri dan cantik


     .........................................................................................................................................................

semua usia bole makan. seawal 1 hari bayi hingga dijemput ajal . boleh merawat pelbagai penyakit . yang bestnya product ni ada insurans 3 juta!!! maksudnya kalau orang tu saket kencing manis..
then makan tetiba penyakit tu merebak lagi teruk dan doctor sahkan disebabkan product ni..so kita boleh lah 
pergi company dan claim. effect die bergantung pada badan seseorang jugak. tapi tapi tapi...kalau 
betul-betul consistent, kaki kita yang tepi-tepi tu bila pakai heel jadi kasar kan?? nampak merekah, 
so kalau betul-betul makan yang ni..die akan gantikan sel-sel yang baru pada kaki kita..merekah-merekah
tu takde dah nanti. product ni dapat banyk kelulusan. cer tengok yang ada number2 tu... ( pic bawah )

    


1. Ingrediant dah dipatentkan. Maksudnya ramuan untuk product ni dah di paternkan
beeap gram dan bahan-bahan apa. kalau ada company 
orang yang cuba guna ingrediant ni, company bole saman.
maksudnya takkan ada product yang laen selain double stemcell!

2.SGS- mendapatkan kelulusan/lesen dari negara singapore. seperti yang sedia maklum, 
singapore sangat susah nak keluarkan lesen kepada mana-mana company sebab syarat dan dapat lesen dari singapore sgt rumit. maksudnya bila dah dapat lesen drai singapore..
product ni memang bagus. 
nak ke mana-mana negara tanpa batas.

3.sirim-sirim selalu dengan untuk barang-barang elektronic. 
Product ni hantar kat sirim utk check sama ada bahan product ni ada bahan kimia atau 
tidak & sirim pun check, 
maka dapatlah kelulusan menyatakan product ni zero kimia.

4 & 5. Bahan 100% semulajadi. takada bahan dari sumber binatang. Semuanya natural..

6. Halal

7.msig - insurance 3juta. katakanlah bagi pesakit kencing manis makan product ni & tiba-tiba 
kencing manis tu merebak lagi dan doktor sahkan disebabkan makan ni. so boleh claim insurance. 
Bayangkan beratus-ratus orang makan product ni. kalau tak elok, ramai dah complaint. 3juta tu!!

8.retail -ni harga pasaran rm250 utk 1 paket.
kalau nk jd member hanya tambah rm20 = rm270 dpt 2 paket

9. Ingrediant. nama-nama bahan
10. Semua umur boleh .dari umur bayi 1hari hingga ke tua. jauhi daripada kanak-kanak tau!! AWAS!

4 Ramuan Utama Yang Terdapat Dlm Phytoscience Double Stemcell :


1.apple stemcell -selinduk drpd buah epal swiss (uttwiler spattauber) uttwiler spattauber adalah nama pokok epal yg berasal dr Switzerland yang ditanam sejak kurun ke 18. mempunyai keupayaan utk myembuhkan diri sendiri & bertahan lama drpd jenis jenis lain.

Epal ni xsama seperti epal yg terdapat dipasaraya atau di kedai2, ia mgandungi antioksidan yg tinggi.jika buah epal ni jatuh ke tanah, ia xkan kecut/busuk jangka masa 4-6bulan.dan jika pokok/buah ni tercedera, ia akan pulih dgn cepat.

2. Apple stemcell yabg berasal dari daerah burgundy, perancis.bertindak pada sel2 kulit kita.mgandungi kandungan antioksidan yg sgt berkesan dan merupakan penyingkir radikal bebas utk perlindungan uv.aktiviti sel stem kulit adalah faktor utama utk memastikan tenaga dan kapasity penjanaan semula kulit.

3. acai berry.acai berry dianggap berry kecantikan dari amazon.

Khasiat acaiberry :


adan-acai berry dapat meningkatkan kadar metabolisme badan, menyingkir bahan buangan dan toksin yg byk.*melancarkan pereda*pengurangan beratbran darah.*kulit yang lebih sihat dan berseri.*merendahkan kolestrol.*Menguatkan jantung.
4.blueberry.buah yg hebat, penuh dengan vitamin, mineral dan antioksidan. Dapat merawat penyakit kencing manis dan darah tinggi, menentang kanser, , perlindungan jantung . Dan lebih 70 penyakit dpt dsembuhkan.in sha allah.





hanya 4 bahan ni je yang ada dalam double stemcell. tak da unsur-unsur campuran collegen atau kimia.
don't worry beteh~ ;D
...............................................................................................................
So. Utk join/beli double stemcell ni..


Ade 3pakej utk member :

1.silver ( rm270 ) = 2 paket.harga pasaran luar rm500.
2.gold ( rm1620 ) =' 12paket harga pasaran luar rm3000.
3.mobile ( rm5400 ) = 40 paket)harga pasaran luar rm10000.

*1paket = 14sacket didalam

Company Phytoscience mengamalkan konsep binary ( kaki kiri&kaki kanan) jika awak ambil pakej silver rm270. **situation : 
Company Phytoscience mengamalkan konsep binary ( kaki kiri&kaki kanan) jika awak ambil pakej silver rm270. **situation :
" Jika ada orang (kaki kiri) nak beli/join dengan awak..awak akan dibayar rm100 dan awak perlu cari seorang lagi (kaki kanan) awak akan dbayar rm100. Tadi saya cakap konsep binary kan.sebabkan awak penuhi syarat company kaki kiri kanan..
awak akan diberi bonus rm50. Ok tadi kaki kiri rm100 + kaki kanan rm100 + bonus rm50 =rm250. Tadi modal silver awak rm270 kan.so hanya tinggal rm20 je untuk awak untung.masuk customer ke3 awak ..awak boleh makan untung dah "

Cara-cara buat income akan diajar dari zero to hero!! 01111104621 whatssap call message nombor ni ye

atau kalau nak fb boleh klik fb ni ye :) :




aku adalah pengguna Double Stem Cell
anda bila lagi? :D







Wednesday, November 13, 2013

Style tudung Zara Love You Mr Arrogant




     alaaa.... cerita mr arrogant dah habis :( sedih nye dahlah cerita tu best gila kan!. haish...sekarang aku
     dalam proses terima cerita baru yang bertajuk Playboy itu suami ku di tv3... tahlah..hero dia cam...cam
     cam....erm tahlah...  jalan cerita best tapi pelakon watak hero dan heroin cam tak kena je.


     takpelah...tonton kan ada.boleh tengok balik mr arrogant ;D apadehal. dan kalau korang perasan
     dalam cerita tu zara pakai shawl belit-belit comel ada setepek bunga di tepi telinga kan? aku suka style
     tu nampak sweet je... dan aku pon cubalah try style tu tapi aku tak dapat tangkap aceli sangat 100%
     so aku buat yang mana mampu je...









     korang boleh tengok cara pakai tudung camni dekat youtube channel aku bungayumichi tau!
     haaa klik link ni : 



selamat mencuba! :) 

Tuesday, October 29, 2013

mascara mana yang best?






     bunga nak share dengan korang antara mascara yang best dan best yang bunga suka. dan of koslah
     produk dari MAYBELLINE. bunga dah pakai produk ni dari zaman sekolah lagi tau. dari foundation,          bedak compaq dia, eyeliner dan semualah. sebab ? sebab osem beteh.


     kali ni bunga nak share produk mascara dari MAYBELLINE. yang mana menjadi pilihan bunga. tapi
     walaucamnepon bunga akan pilih satu sahaja antara yang best. banyak sangat yang best sampai jadi
     rambang mata tau. antaranya yang ni



yang latest sekarang nilah 


     yang ni pon best tapi tahap best dari segi % , bunga bagi 60% lah. bukan tak lentik. lentik tu lentik.
     tapi tak selentik yang kita nak. biasa je. plus bukan waterproof.. so macam ermm ok.. tapi oklah. 
     erm tahlah.


     yang kedua pula jenis ni..and yeah this is my fav forever!!! taraaa..!!




may fav ti amor!!!


     kenapa bunga kata ni best dan tahap fav? sebab dia senang nak apply plus pekat likat lagi waterproof!
     lagi satu kalau nak pakai part bulu mata bawah tu kan.. lagi osem jadinya tau.. effect mata teramat osem!
     hasil lentikan tu memang hebak lah kata. tak boleh nak diungkap.kira bolehlah ampai baju-baju sekali            sebab terlampau lentik! lepastu kalau nak camtumkan dengan 
     bulu mata asli dan bulu mata pelesu pakai mascara ni sangat best... senang apply dan lekat! maybe
     faktor jenis berus mascara kan.. tapi siyes sangat osem.dan benda ni sekarang dah macam limited pula
     nak dapat. ritu bunga pergi watson semua bagai, ya amponnnn!! susah sangat nak dapat. berharap
     pihak MAYBELLINE janganlah stop keluarkan mascara CAT EYES ni.. T__T kalau tak keluarkan ,
     memang aku hentak-hentak kaki tahap kembeng makan coki-coki.


     lepastu korang pernah tak pakai mascara yang color biru, coklat? haaa my fav lettew. bunga suka pakai
     mascara warna coklat . dia buat effect nampak natural, ala-ala gadis egypt gitu.. kalau warna biru
     ala-ala gadis seksi, suka bergaya vavavom! ahak!


     ini pendapat akulah. maybe lain orang lain citarasa :) an an . so korang pakai mascara apa so far? 



" saya suka mata saya.. macam cantek je..macam cantek je..macam comel je..macam comel je.. "


p/s: tabiat bunga bila dah pakai mascara, bunga akan tarik-tarik mascara kat mata tu dengan jari.. pastu pakai balik..pastu cabut balik..pastu pakai balik... tak tau apa motif -.- .. prffttt






Monday, October 28, 2013

Kenali lelaki kaki pukul




     semalam aku tengok dekat tonton.com. aku bukak rancangan 3R. lama kot tak tengok. tapi sekarang
     dah ada yang baru kan. pengacara pon baru-baru. nice lah. dan aku pun bukaklah episod pertama.
     topik pertama adalah wanita didera lebih kurang camtulah. dari segi kena dera dengan suami, pasangan,
     ibu mertua, pak mertua ke apa-apa jelah. kiranya wanita ni jadi mangsalah. tapi dalam 3R tu dia macam
     tekankan pada wanita yang kena dera dengan pasangan. so banyak tips yang aku dapat. elok tau tengok
     rancangan camni. banyak info yang kita boleh tahu serba sedikit dari kau melayan hindustan menari-nari
     atas bukit golek-golek apahal dah kenapa. ahaha..


    dan kita sebagai wanita of kos lah nakkan bakal pasangan kita baik-baik je kan. siapa yang nak jahat,
    kasar dan blablabla. yelah kitakan wanita dah lah lemah lembut, gemalai ..ahaiii..so antara tanda-tanda           yang kita nak cam yang kita boleh cam dia kaki pukul adalah






  •    kuat giler cemburu tahap gaban
  • tanya keluar dengan siapa? lelaki perempuan?
  • nama orang yang kita keluar tu siapa
  • keluarkan kata-kata kesat macam bodoh, bangang, bengap dan lain-lain
  • campak-campak harta benda macam campak phone ke
  • tampar-tampar badan kita, tolak-tolak kepala kita ke dan lain-lain
  • tinggi-tinggikan suara

     jadi itu adalah antara tanda-tandanya. mungkin korang ada tanda-tanda lain? ermmm tapi tulah. susahlah
     kan sekarang . sebab yelah. masa mula-mula bercinta je sweet-sweet kicap manis. tapi bila dah nikah,
     kicap masin, telo masin semua keluar habis kita kaum yang lemah ni jadi tisu beterbangan dek ombak
     rindu yang tak berapa nak rindu sangatlah. 


    tapi kalau masa bercinta tu dah nampak tanda-tanda camtu better tinggal kan jelah kan. sebab yelah. 
    kalau time bercinta dah selalu kena camtu, kene tampar-tampar bagai, sumpah seranah bagai, apatah 
    lagi time dah nikah. mau tak hari-hari kau kena pijak. 
 

   kalau kita tengok sekarang banyak kes kan. yang kena sepak terajang. ishhh tak patut  betul. kejam 
   kota orang yang buat camtu. hurm .. 


  tu orang kata.. masa bercinta kentot pon bau cekelat.. dah kawen esok hurm.... terima jelah.. ingat kawen
  ni senang ke... kalau dapat orang yang elok tak pelah.. sekali dapat yang ermm paham-paham jelah..
  make budu sokmo lah namenya.. walaucamnepon .. doa-doalah agar kita semua tak tergolong dalam 
  kes camni..kalau tergolong pon cepat-cepat lapor pada polis dan ngadu dengan keluarga. jangan jadi
  bongap sangat sobab sayang " i tak mampulah..sebab i sayangkan dia..." haktuihhh kau sayang kalau
  dah macam singa !




semua nak bahagia

  maybe korang ada pengalaman atau kawan-kawan ke? boleh share kan? atau antara tanda-tanda lain?