emel saya di ezzreenn@yahoo.com untuk tempahan makeup

emel saya di ezzreenn@yahoo.com untuk tempahan makeup

Wednesday, October 10, 2012

Mimpi malam tadi yang sangat tragis



Mimpi adalah permainan tidur setiap manusia di muka bumi ini. so bermacam bentuk mimpilah yang   keluar.malam tadi aku masuk tidur jam 10 lebih malam. pastu boleh pulak tidur mimpi yang teramatlah tragis! nak senyum ada,nangis pun ada,nak jerit pon ada miahaha. 


Macamni rupa mimpi aku malam tadilah. dalam mimpi uh aku dengan keluarga aku duduk dekat rumah lama. so rumah bawahlah. lepastu aku dapat call yang bf aku Ridhuan nak tumpang tidur rumah aku. aku pun bagilah. lepastu bila dah lama sangat, aku nak cakap kat bf aku kalau boleh jangan lama-lama sebab yelah tak manislah sebab rumah ni ada anak dara,kehkehke. tapi nak cakap tu susah. takut dia fiker halau ke. walhal tak ;p. lepastu tiba-tiba aku diberitahu oleh kawan dia yang bf aku ada perempuan lain. aku pon apa lagi terkejut lah! sampai hati dia buat aku camtu an an. lepastu aku dapat call ada suara perempuan cakap yang dia mengaku gf bf aku!! bapak tak hangin aku? muka aku camni dalam mimpi uh 




Aku pun apa lagi marah campur sedih lah an. pastu bf aku datang jumpa aku dia cakap apa tau . dia cakap     ni "kita putus! aku ada orang lain!" aku pun?? muka terpinga-pinga. arghhhhhh!!!! aku jerit marah campur sedih. lepastu aku ambil beg,baju-baju dia semua aku campak keluar rumah aku halau dia . " kau keluar dari rumah ni! keluar!! aku benci kau!! aku benci!! " lepastu aku nangis kuat-kuat. ibu aku call adek beradek dia marah-marah sebab buat aku macamtu. :"( aku nanges macamni 




lepastu aku masuk bilik layan perasaan yang sayu lagi syahdu. lepastu ibu aku panggil aku cakap ada orang nak jumpa. aku dahlah tak ada mood. tapi nak tak nak kene lah keluar. sekali penuh orang ramai depan rumah aku macamni 





aku pun pelik lah lah an apsal ramai-ramai orang depan rumah aku ni. tiba-tiba diorang ramai-ramai nyanyi 


happy bufday to you
happy bufday to you
happy bufday to you bunga
happy bufday to you


 aku terpinga-pinga lepastu tiba-tiba bf aku Ridhuan keluar dari ramai-ramai uh dan datang kat aku cakap  "happy bufday sayang...dan sudi tak sayang jadi isteri b?" .






orang ramai semua cakap suruh aku setuju setuju setuju! aku terpinga-pinga terkebil-kebil tengok muka bf aku. terus aku senyum dan menangis gembira. aku cakap aku setuju. lepastu semua orang jerit gembira . tiba-tiba bunyik kringggggggg!!!! sekali alarm phone dahhhhh.. alahai... sangatlah potong stim an!!! hahahah.. tapi aku boleh tersedar lah sambil tersenyum bila ingat mimpi tu :'D macamni




So aku pun bangunlah bersiap-siap ke pejabat macam biasa as seorang pekerja. aku ingat betul-betul auu sekali mimpi r... kalau betul-betul kan best miahahah. macam-macamlah setan ni kan buat mimpi? ada yang kena kejar dengan hantulah, naik kapal terbang lah dan macam-macam. haishhh.. mimpi oh mimpi :'D



korang malam tadi mimpi apa pulak? 


* dah boleh buat novel mimpi aku ni :'D





     

1 20000 orang nak tau RAHSIA bunga!:

100,000 PENGOMEN SETIA!!